Friday, July 29, 2011

harimau main bola


Sesungguhnya di sini aku mengaku, sebelum piala Suzuki, aku tak ambil pusing tentang pasukan bola sepak negara. Aku tak ambil kisah langsung. Aku tak kenal siapa Safee Sali, aku tak kenal siapa Khairul Fahmi, aku tak kenal siapa K. Rajagopal. Bagi aku, pasukan bola sepak Malaysia, pada suatu ketika, hanya wujud untuk meramaikan dunia sukan tempatan. Hanya nak bagi cukup syarat, kata orang.

Piala AFF Suzuki 2010
Itu dulu. Itu sebelum Harimau Malaya menang pingat emas di SEA Games, sebelum kita menang piala Suzuki di Indonesia. Aku rasa, selepas Harimau Malaya menang piala AFF Suzuki pada tahun lepas, lebih ramai orang yang dibukakan matanya. Termasuk aku. Baru aku nak nampak pasukan bola sepak negara. Better late than never, pada aku. Sekurang-kurangnya, takdelah susah sangat nak tengok kalau mereka ni beraksi secara langsung dari nak tengok Chelsea, kan?

Semalam, Harimau Malaya tumpas pada pasukan Singapura. Sedih? Kecewa? Sudah tentu. Tapi, semalam juga menyaksikan bahawa Harimau Malaya telah memenangi hati rakyat Malaysia. 85,000 tiket habis dijual. Aku bukan antara 85,000 yang bertuah tu. Aku tengok di Dataran Merdeka dengan rakyat Malaysia yang lain. Suasana sama meriah macam di stadium. Serius. Ok, taklah sehangat di stadium tapi semangat tu ada. Aku kira ini satu petanda yang cukup baik untuk arena bola sepak tanah air. Rakyat Malaysia mula kembali kepada bola sepak tempatan setelah bertahun lamanya disogokkan dengan aksi-aksi bola sepak dari negara luar.

Hero Malaya? Ahem.
Kini, baru kita kenal anak tempatan kita sendiri juga cekap bermain bola. Baru kita tahu kita boleh letak harapan pada orang kita sendiri. Tentunya perjalanan Harimau Malaya masih jauh. Masih banyak ruang untuk diperbaiki, dimantapkan. Tapi sekarang, Harimau Malaya ada sokongan yang kuat. Harimau Malaya sudah menjadi idola rakyat Malaysia. Harimau Malaya bermain dengan penuh integriti semalam, bagi aku. Takdelah langgar sikit berguling sampai 8 kali macam heroin Hindustan. Ya, macam heroin, bukan hero. Biar kekalahan itu jadi pengajaran, buat penambah pengalaman. Biarlah heroin-heroin berbaju merah bangga dengan kemenangan mereka. Mereka main wayang, bukan main bola.

Buat Harimau Malaya, aku bangga dengan kalian. Semoga Harimau Malaya terus melangkah ke depan. Taring biar kasi tunjuk sikit!


2 comments:

Words could heal... or it could hurt or maybe, it won't bring any difference. Either way, just type away!