Tuesday, January 28, 2014

for the love of pavlova!

"Pavlova is a meringue-based dessert named after the Russian ballet dancer Anna Pavlova. It is a meringue dessert with a crisp crust and soft, light inside." - Wikipedia
Pavlova is, I am quite sure, a well-known dessert by now. The dessert for the hipsters, some would say. Lantak kau sana kau nak kata apa pun. To me it's a dessert, a food. Hipster ka, tak hipster ka, belakang cerita. Food, we eat. Good food, we share. Bad food, well, we share also la!

So, I've heard much ruckus about Serai's pavlova. From the blogosphere, from my sisters and around. So last Saturday, I decided to drag Hubster for a taste of Serai's much-talked pavlova. Takde baby dalam perut pun, kalau dah isteri nak, suaminya ikutkan aje. Sweet kan husband ittew? Sweet angattt! *muntah hijau*


At first, wanted to go to Serai in Empire Subang, but decided against it after much persuasion from Hubster. Dia cakap Empire Subang takde apa. Padahal, aku tau dia malas nak pusing ke sana. Hahaha! So we went to Serai Paradigm Mall instead. I like the ambiance of Serai Paradigm Mall, to be honest. Warm, cozy and rather intimate. We were given a rather secluded table, nun hujung dekat tingkap buat aku rasa gayat nak mampos. We perused through the menu, and I was thinking "Pehhh, boleh tahan harga makanan kat Serai ni!" To me, the price range is a bit too steep. Takpe, we just wanna try the dessert, after all.

Berry Pavlova - RM 15.00
The pavlova arrived, looking all regal and pretty with the berries on top. But. Yes, but. Looking at the pavlova, I know instantly that it will not be soft inside. In fact, when I poked the dessert with a fork, it didn't budge. The pavlova, ladies and gentlemen, was hard through and through. Kau tengokla warna dia, 'garing' semacam je, kan? It's more of a cookie texture, rather than marshmallow-y as it should be. Hubster kata macam kon aiskrim yang 20 sen tu. Hahaha! And I did detect a hint of eggy smell and taste. Hanyir telur ada sikit.

Result: A disappointment. Kau gagal, wahai pavlova Serai.

We ordered another dessert as well. The chocolate lava cake. Hubster punya favorite dessert. Nak try la tengok power ke tak power Serai punya chocolate lava cake.

Chocolate Lava Cake - RM 15.00
Okay, when the dessert first arrived, the first thing I said was "Eleh, keciknya kek!" Really, the cake was a tiny little thing. Macam sekali suap, terus habis. I mean, Chili's punya dalam RM 20, tapi kek dia can feed us both dengan puas. Then I noticed the ice cream. Aik, kuning? Aiskrim vanilla hape kaler kuning ni? Ke aiskrim jagung? Hubster took a bite and said "Fish & Co punya lagi sedap."

Result: Fail. Fail. Fail. Sad. Presentation je gah.

I'm not done yet, my friends. Just not yet. 









Behold, ladies and gentlemen, for the best pavlova ever!

Breezy Sue Pavlova - RM 80.00
Yes, oh yes, oh yes! Made to order pavlova from Cake Jalan Tiung! I fell in love. I just fell. Head. Heels. Everything. The pavlova was exactly what a pavlova should be. The crust was crispy just nicely so. And the inside was soft and chewy and delightful and oh-so-sedap that I'm actually salivating right now. The head baker, Shafinaz, WhatsApp-ed me beforehand, apologizing for overbaking the pavlova. Well, I don't know, Shaf. The pavlova was perfect for me. And for the rest of my family members.


The pavlova was not too sweet (pavlova tends to be on the sweeter side), the flavor was just nice. The amount of the whipped cream and the fresh berries were just enough to complement the meringue. My mother, a health freak, the jangan-makan-itu-ini kinda person, had extra. Yeah, she did. Not one single complain from her either. That could only mean Cake Jalan Tiung hit the mark once again after that Lemon Cake Spade I ordered for her birthday. I'll tell you guys about that cake some other time, alright?

Even Hubster loves the pavlova. Siap suruh order nak bawak balik Terengganu. My sisters and little brother, tak payah ceritalah. Sebiji pavlova tak cukup. Suruh order lagi. Next time la pulak!

Go ahead, give Cake Jalan Tiung a visit at their Facebook - CAKEjalantiung and their Instagram - @cakejalantiung. Their pavlova (and cakes, of course!) are to die for. Honest.


2 posts on food consecutively? Lantak!

Tuesday, January 21, 2014

the semi-existence of molten chocolate cake

One fine day, I was in a buoyant mood. Tiba-tiba dok berangan nak buat chocolate cake. But not just any chocolate cake, mind you.

No experience, no confidence. Just armed with a recipe, I wanted to attempt a chocolate cake just like THIS:


Far-reaching, I know. Shut up already. Berangan, tahu, berangan?

So, I took out all the ingredients and fired away...


Tak cuba, tak tahu, kan? Kan? Kan? I had to try it. The recipe looks pretty simple...

Recipe is from here.


I followed the recipe right to the T. I did not deviate even one bit. Okay, so I might've put in a little bit more chocolate than the recipe called for. Sikit je, bukan banyak pun. It's chocolate, what can I say?

And then...


Looks promising, no? Oh, by the way, I don't have those individual molds or ramekins. Hence the baking pan. Belasah je la. Janji ada.




And then...










The moment of truth...


No molten center.
Chocolate cake, yes.
With soft center.

Yep, it was slightly overbaked. Tsk tsk.

Was I disappointed? Yeah, just a little. I wanted to surprise the husband with the cake as he loves molten chocolate cake. But he ate the cake, nevertheless. And he went "Mmmm... dap!" Good enough for me. Next time, we'll just stick to Chili's lah. Hahaha!

And on the very same day, I overwhipped my cream. Yeah.

Wednesday, October 09, 2013

sesekali dalam bulan biru

Terkadang...
terguris hati nan sekeping
Dibiar bisu
Dibiar sendu
Umpamanya angin yang dibiar berlalu

Terkadang...
terlupa
Terlupa memalingkan muka
Terlupa membutakan mata
dari terlihat yang menghiris jiwa

Biar...
Biarkan dia leka
Biarkan dia alpa
Biarkan dia khayal
Biarkan...
dia bermain dengan fantasinya

Sampai nanti satu masa...
Bila hati enggan lagi terima
Bila sabar sudah sampai penghujungnya
Bila pujuk rayu bukan lagi pada selera
akan aku bawa kaki ini melangkah
akan aku bawa diri ini jauh

Biar...
kau terus dilambung asmara maya
Walau aku di sisi
namun cuma jadi pemerhati

Sampai nanti satu masa...
Biar segunung penyesalan pun
Andai sekali aku berpaling
tak akan mungkin aku kembali




- Ummi Farhana, 9 Oktober 2013

Tuesday, June 18, 2013

just the usual

Sometimes, I just want time to stop. So that I can stop, too.

I made a resolution not too long ago. I made a resolution not to whine or complain. Heh. What a bunch of bollocks. When did I ever stop whining? And complaining? When? Never. Yes, I am that ungrateful bitch. I know that, people.

I'm so tired. I'm feeling so tired nowadays, I just wanna drop and sleep the world away for months.

And I miss my dad.

I've been keeping everything burrowed under the lid, keeping it neutral. I go on with my life like I don't have one single worry in the world. I'm good at that. Practice makes perfect, y'know. But God knows just how much I miss my father. Years have gone by. Years. And I thought I'd get used to not having him around by now. Oh, I was so wrong.

Good God. I need to get a grip of myself.









And I hate my job, too, by the way.

Wednesday, June 12, 2013

cerita curang

Mood rajin datang menjenguk buat seketika.

Aku tertarik dengan satu artikel di Wanista yang aku baca minggu lepas. Sebenarnya nak blog pasal artikel tu, tapi mood rajin pergi jalan-jalan. Artikel boleh baca di sini. Pergi baca. Artikel ni berkisarkan tentang seorang lelaki yang menceritakan kecurangan isterinya dalam sebuah blog. Haa... gitu.

Dah baca? Menarik tak? Bagi aku, menarik sangat. Dan oleh kerana itu, aku dengan gigihnya pergi google blog tersebut. Dan aku jumpa! Takdelah gigih mana pun sebenarnya. Taip je 'my cheating wife', tekan search, jumpalah aku akan blog tersebut. Lalu aku pun membaca setiap entry yang lelaki tu taip. Setiap satu entry. Setiap satu perkataan. Aku baca. Itu baru namanya gigih. Kalaulah bekerja atau belajar dulu pun gigih macam ni...



Tapi lelaki ni lagi gigih. Pasang software untuk spy handphone isteri dia. Siap printscreen perbualan SMS antara isteri dia dengan boyfriend isteri dia. SMS diorang... phewww. Silalah pergi sendiri ke blog tersebut untuk baca pertukaran SMS antara dua kekasih tersebut. Kalau aku bubuh semua kat sini, nanti blog aku kena censored. Gahahaha! Tak pasal-pasal blog ni kena rate 18SX. Awww... tak rela ai. Ni bukan blog nyah-nyah tayang lurah tetek ye.

Tapi...
Secara seriusnya, aku rasa sedih, marah dan kecewa bagi pihak lelaki tu. Dahlah isteri curang, anak yang selama ni dia ingat anak dia rupa-rupanya adalah anak kepada boyfriend isteri dia. Pedih betul. Tersayat hati, lebih-lebih lagi bila masuk bab anak. Tergamaknya seorang perempuan mempermainkan suami dia sampai macam tu sekali. Sebagai seorang perempuan, aku rasa malu dengan perbuatan isteri itu. Apa sebab pun tak mampu nak justifikasikan perbuatan dia sebagai seorang isteri dan seorang ibu.

Dan boyfriend itu pula ialah seorang suami. Ya, curangnya itu seorang perempuan dan seorang lelaki. Tak boleh nak tuding jari kata perempuan je jahat, atau lelaki je jahat. Dua-dua sama jahat. Orang yang curang dengan pasangan masing-masing ialah orang yang jahat. Jahat sejahat-jahatnya, bagi aku. Sebab apa? Sebab orang yang curang ni menyakiti hati orang lain, mengkhianati kepercayaan orang lain. Kalau kau bunuh orang, orang tu mati, keluarga dia mungkin boleh meneruskan kehidupan. Tapi bila kau mengkhianati pasangan hidup sendiri yang percayakan kau, luka tu akan berbekas sampai mati.

Aku tak faham kadang-kadang dengan orang yang curang ni. Kau dah kahwin dengan pasangan pilihan kau, kenapa kau masih ada hati nak tergedik-gedik dengan orang lain lagi? Tak cukup kasih sayang? Tak cukup nafkah zahir batin? Atau kau ni sememangnya manusia yang tak pernah akan puas? Sebanyak mana kasih sayang, sebanyak mana ciuman peluk kasih nak diberikan supaya kau puas? Orang tamak ni, orang tua kata, selalu akan rugi.

Bertukar-tukar ayat cinta asmaradana di Facebook, di SMS, di WhatsApp/WeChat/Skype, bukan main lagi. Kalau ada masa untuk mabuk kepayang bercurangan dengan orang lain, kenapa tak bercinta dengan yang sememangnya dah halal bagi kau? Kenapa? Sebab ada thrill? Sebab untuk suka-suka? Sebab bosan? Sebab gatal? Sebab apa sebenarnya? Musykil betul aku. Kalau ada yang kurang pada pasangan sendiri, bawalah berbincang bantal ke bantal. Kau dah pilih dia untuk hidup dengan kau, dan dia dah pilih kau untuk hidup dengan dia, kenapa perlu nak mencari juga keseronokan di luar?

Jangan. Pesan aku, jangan sakiti hati pasangan kau. Jangan khianati kepercayaan dia. Dalam sesebuah perhubungan, bila kepercayaan tu dah kau cemarkan, susah nak patah balik. Susah dah orang yang kau tipu tu nak percaya pada kau, tak kira macam mana cinta atau sayangnya dia pada kau. Syak wasangka, curiga akan timbul. Benda ni sebenarnya yang membawa kepada pertengkaran, membawa kepada perceraian. Itu pendapat jujur aku. Aku pun, sekali dah dikhianati kepercayaan aku, susah aku nak percaya pada orang tu dah. Sakit. Sakit sangat bila dikhianati.

Setengah orang, ranggi dan yakin. Yakin yang dia dok main-main belakang pasangan dia, pasangan dia takkan tahu. Kawan, jangan lupa, Allah itu Maha Kuasa. Allah itu Maha Mengetahui. Dan Allah itu juga Maha Mengasihi kepada hamba-Nya yang teraniaya. Tak hari ni, esok atau lusa, pasti aktiviti masa lapang kau tu akan terbongkar juga. Tak payah dia nak spy handphone kau ke apa, Allah akan tunjuk juga satu ketika nanti. Masa tu, memang lantak kat kaulah kalau dia sumpah kau jadi peti ais pun.

Cuba nanti, bila kau sedang enak berbicara cinta penuh berahi dengan orang yang bukan pasangan kau, kau terbalikkan situasi. Kau bayangkan yang kau ni pasangan kau yang setia tu, dan pasangan kau tu yang dok sibuk SMS berahi dengan orang ketiga? Amacam? Bayangkan. Dan cuba rasa. Sakit tak hati? Sedih? Marah? Kecewa? Kalau kau tak rasa, memang kau tak serik, kan? Heh.

Jangan mulut sahaja bicara cinta dan sayang. Biar perbuatan itu seiring dengan apa yang diucapkan. Ingat, setiap perbuatan itu ada balasannya. Kau lelaki ke, kau perempuan ke, bilamana kau curang, kau jahat. Kalau nantinya, pasangan kau yang bicara "I miss you" kepada orang lain, kau jangan melatah. Itu namanya, padan muka.