Friday, December 30, 2011

2011: lukisan yang berwarna-warni

Sedar tak sedar, mahu tak mahu, tahun 2011 sudah hampir sampai ke penghujung. Whew. Sekejap aje aku rasa tahun 2011 ni. Kalaulah nak dilukis tahun ini dalam hidup aku, pastinya akan jadi satu lukisan yang penuh berwarna-warni. Macam-macam yang terjadi dalam tahun 2011 ni. Ada suka, ada duka, ada naiknya, ada turunnya. Tapi Alhamdulillah, aku masih berdiri di sini.

Tahun 2011 juga mencatatkan pelbagai peristiwa penting untuk diri aku sendiri. Ahhh... bakal jadi nostalgik angka 2011 ini. Suatu masa nanti, kalau aku toleh kembali ke belakang, pasti tahun 2011 akan jadi satu tahun yang tersemat kemas dalam lipatan kenangan.

Cabut gigi...
Lama tak berkunjung ke klinik pergigian, aku terpaksa pergi jugak sebab tak tahan menanggung sakit. Cabut gigi macam rasa masuk bilik hukuman gantung. Ngeri. Ye, aku dramatik. Aku takut dengan doktor gigi, okey? Gelak apa gelak? Tumbuk kang! Walaupun aku selamat melalui pengalaman-hampir-mati tu, aku tak teringin nak mengulanginya dalam masa terdekat ni. Lain kali ajelah ye aku pergi jumpa doktor gigi. 2013 ke...

Baby Aliff...
Bila sebut nama Aliff, aku rasa sebak, sedih. Aku kenal Baby Aliff sekitar Oktober 2010. Aku jatuh sayang dengan budak kecik tu. Aku nak jadi pelindung Baby Aliff dari segala hal yang buruk. Aku nak tengok Aliff membesar dengan baik. Aku nak buat macam-macam benda untuk Baby Aliff. Tapi takdir menentukan yang Baby Aliff akan berlalu dari hidup aku. Kerana manusia tak sempurna. Walaupun aku tak jumpa Baby Aliff lagi, aku sentiasa doakan kesejahteraan dia.

Baby Aliff ada satu tempat yang tersangat istimewa di hati aku. Sampai saat sekarang, aku masih teringatkan budak kecik tu. Sampai sekarang, aku masih rindukan Baby Aliff. Semoga dia gembira dan sihat sejahtera di samping ibu tersayang. Terima kasih, Puan Mastura, sebab benarkan Baby Aliff hadir dalam hidup kami, walau cuma untuk seketika.

Bertunang...
Masin mulut adik-adik aku, tahu? Masin. Nak dekat hujung bulan Ramadhan, adik aku kata tahun depan aku tak beraya di Kedah dah. Aku beraya dengan keluarga baru. Termakbul doa diorang. Tahun 2011, aku jadi tunangan orang. Tahun 2012, insya-Allah, jadi isteri orang pulak. Mak nervous, noks. Tak pasti sama ada betul-betul dah sedia nak pegang status isteri ke belum. Tapi kalau nak tunggu sedia, sampai kiamat pun belum tentu lagi sedia, ye dak?

Walaupun bertunang mengejut, aku tetap happy. Aku dah jumpa Mr. Right. Aku dah jumpa seseorang yang bahunya sedia berkhidmat untuk aku tanpa banyak soal. Terima kasih, Encik Tunang, kerana menerima diri ini seadanya. Semoga kebahagiaan ini kekal hendaknya. Insya-Allah...

Kehilangan...
Tragedi. Aku kehilangan seorang sahabat. Seorang sahabat yang banyak melukis kenangan indah bersama aku. Seorang sahabat yang aku sentiasa doakan kebahagiannya. Dia pergi tanpa pesan. Dia tinggalkan keluarga, dia tinggalkan suami yang tak sampai enam bulan dinikahi, dia pergi tinggalkan teman-teman yang teramat menyayanginya, dia pergi tinggalkan segala-galanya untuk menghadap Penciptanya. Setiap kali namanya terngiang di telinga, hati aku jadi sebu. Cepat benar kau pergi, Sheila... Al-Fatihah aku hadiahkan untukmu setiap kali aku teringatkan saat kita bersama. Kau tenanglah di sana, wahai sahabat.

Tukar kerja...
Akhirnya, aku beranikan diri keluar dari zon selesa. Akhirnya, aku mengambil keputusan muktamad untuk berhenti dari kerja aku sekarang dan langsung menukar haluan aku. Setelah tiga tahun menghadapi kerenah manusia dewasa yang pelbagai, aku bakal menghadapi kerenah anak-anak kecil. Kesabaran perlu tinggi. Takpe, training untuk masa depan tu. Eh? Ehehehe.



Itu serba sedikit tahun 2011 aku. Banyak lagi sebenarnya yang berlaku. Tapi takkan nak cerita semua kat sini, kan? Tak muat la oi. Kalau nak tau sepintas lalu, scroll ajelah kat toolbar Junkyard kat sebelah kanan tu.

Ini penutup posting untuk 2011. Kita jumpa lagi tahun depan. Selamat tahun baru, kawan-kawan.

No comments:

Post a Comment

Words could heal... or it could hurt or maybe, it won't bring any difference. Either way, just type away!