Tuesday, October 11, 2011

alkisah pelancong pak arab

Aku benci kebanyakan pelancong dari Timur Tengah. Serius aku benci. Ye, diorang penjana ekonomi negara. Ye, diorang belanja banyak di bumi bertuah ni. Tapi sesungguhnya, perangai mereka yang merasakan kedudukan mereka yang lebih tinggi dari orang lain membuatkan aku tersangat benci dan meluat dengan pelancong dari negara-negara Timur Tengah.

Pak Arab ni kebanyakannya rasa darjat dan kedudukan diorang lagi tinggi dari orang lain. Superiority. Diorang rasa diorang banyak duit, keturunan Nabi Muhammad S.A.W., diorang boleh pijak kepala bangsa lain. Bangsat sungguh perangai mereka ni. Serius. Dalam beberapa minggu kebelakangan ni, company aku handle dua family Arab. Dua saja. Tapi sakit kepala macam handle pelancong lima bas.

Alkisah Pertama
Pak Arab ni nak duduk hotel bertaraf 4 atau 5 bintang sahaja. 3 bintang, sebelah mata pun tak pandang. Tapi yang kelakar, harga hotel nak yang 3 bintang. Jadah apa? Satu keluarga ni, sendiri minta satu hotel di Langkawi yang agak popular. 4 bintang. Dah sampai, boleh pulak komplen bilik kecik. Nak tukar hotel yang lagi satu, adik beradik hotel ni jugak. Mengada sungguh. Kau yang mintak, lepas tu kau pulak komplen?

Alkisah Kedua
Family Pak Arab ni bukan besar pun, 2 dewasa dengan sorang anak kecik. Tapi kebanyakan operator pelancongan tahu, beg Pak Arab ni bukan kecik anak. Beg diorang boleh bawak masuk orang dewasa. So selalunya, operator akan provide van untuk diorang. Oi, ni Pak Arab oi! Tak main la van. Takde kelassss! Kurang-kurang nak MPV la. Avanza ke, Innova ke, Estima ke. Ni bagi van? Ewwww. Itulah perangai Pak Arab. Nak kereta atau MPV sahaja. Van tidak mahu. Mengada sungguh.

Alkisah Ketiga
Di KL, minta hotel taraf 4 bintang jugak. Tengah kota weh. Bukan hotel lekeh ni, hotel yang popular jugak. Dia sendiri mintak nak hotel ni. Ye, dia yang mintak. Kitorang cadangkan hotel lain, tak mau. Nak hotel nan satu ni jugak. Okeylah, customers are always right kan? Sampai hotel, guess what? Komplen lagi. Bilik kecik. Mengada tak? Mengada kannnn! Nak duduk bilik lain, nak Club Room. Pundek dia Club Room! Kalau dia nak bayar lebih takpe jugak. Mengada tahap cipan goreng berlada.

Alkisah Keempat
Ni yang terjadi hari ini. Satu family nak balik dah. Alhamdulillah, syukur dah nak balik. Kurang sakit kepala. Satu hari aku cari driver semalam, nak buat transfer out. Sampai pukul 11 malam pun aku dok cari driver lagi. Sebab driver asal ada family emergency, ada ahli keluarga dia meninggal. Nasib baik aku jumpa jugak driver. Pukul 11 pagi sepatutnya transfer. Pukul 11.30 driver call kata Pak Arab belum turun. Okey, takpe. Pak Arab ni tak pernahnya punctual, macam KTM.

Dalam pukul 11.45, driver call sekali lagi. Dia kata Pak Arab nak van. Aku ulang, Pak Arab nak V.A.N. Aku dah hantar driver yang bawak Camry. Camry bukan kereta bodoh weh. Okey, driver aku dengan baik hatinya panggil kawan dia yang bawak van. Van sampai, dia buat hal lagi. Tahu apa Pak Arab tu nak? Dia nak van bawak beg dia pergi airport. Dan dia nak Camry tu bawak dia. Ya, van untuk beg sahaja. Beg yang 5 ketul yang sederhana besar. Yang boleh muat dalam Camry.

Tahu apa perasaan aku? Aku rasa nak bawak senapang pergi hotel tu, tembak Pak Arab tu kat kepala sambil kata "Eat shit and go to hell!"


1 comment:

  1. Ya benar, aku tahu perangai Pak Arab sebab aku pun dulu kerja banyak handle Pak Arab. Depa tak mahu shopping tempat panas, depa nak shopping tempat beraircond. Bayar seat flight ekonomi, tapi nak layanan First Class..


    kih kih kih

    ReplyDelete

Words could heal... or it could hurt or maybe, it won't bring any difference. Either way, just type away!