Friday, January 20, 2012

isu halal/haram subway

Semalam lagi dah kecoh pasal Subway yang takde sijil halal dari JAKIM, hasil laporan 999 di TV3. Dekat Twitter, macam-macam fatwa yang timbul pasal isu ni. Aku sebenarnya malas nak komen banyak-banyak tapi sebab aku kena sound kat Twitter, maka aku rasa terpanggil nak komen dengan panjang lebar kat blog sendiri.

Ceritanya, aku terbaca satu komen di page FB Subway Malaysia. Lalu aku tweet pasal benda tu macam ni:


Dan demikian, bila naik tweet tu, ada orang pulak yang reply:


Aku terkedu sekejap bila baca. Sebab apa? Sebab tiba-tiba masuk bab akidah. Tak terlintas pulak di kepala hotak aku nak buat main-main pasal akidah. 'Abang' tu main taram je kata aku buat main pasal akidah. Belum apa-apa lagi. Bukan aku tak boleh ditegur, cuma bila ditembak mengejut macam tu, terkedu jugakla, 'Abang'.

Aku pun cakap aku bukan buat main. And here's the reply:


Okey, aku agak lost di sini. Bahagian mana yang aku kutuk JAKIM? Habaq mai sat. Walaupun aku tak sekolah agama, aku pun tahu mencari yang halal itu adalah wajib. Tak payah nak copy paste ayat Quran/sunah/hadis pun aku tahu mencari yang halal tu satu ibadah. Ye, aku tau la aku tak sekolah agama, tapi bab agama, aku tak bergurau. Makanya, ini adalah reply aku yang tak berapa nak panjang lebar:


Aku rasa, tweet aku dah nyatakan pandangan aku dalam hal ni. 'Abang', jangan cepat sangat patronize sebelum usul periksa statement tu. Kalau pergi laman FB yang ada komen tu, ada komen yang penuh. Menuduh saya bwt main pasal akidah sebelum apa-apa, tak cool la, brader. Tanya dulu, atau minta pendapat sepenuhnya. Ni dak, main 'tembak' aje. Kutuk JAKIM pun saya tak buat, malahan tak terniat langsung.

JAKIM sajakah badan yang boleh mengesahkan status halal sesuatu produk itu? Yang lain-lain takde kelayakan? Macam aku kata, look at the bigger picture. Jangan nak patronize orang sangat. Jangan nak melatah sangat. Aku takde target JAKIM pun.

'Adik' bukan nak kutuk JAKIM pun, 'Abang'. Cuma tertanya-tanya je, kalau takde sijil JAKIM je, haram? IFRC takleh pakai la gitu?

Apa-apa pun, kalau was-was, jangan makan. Tak susah pun, ye dak? Sekarang cuba bagitau, kupon Subway yang dapat dari kalendar tu, nak buat apa?

5 comments:

  1. Cukupkah ilmumu untuk menentukan halal haram sesuatu perkara itu?

    ReplyDelete
  2. kalau was was, bagi aku. aku tak was was dengan subway kat malaysia ni. kalau subway singapore, memang kena hati2, ada bacon. :)

    ReplyDelete
  3. Isu halal ni kan dah macam isu illuminati/freemason dulu. Benda yang cuma kebetulan dikait-kaitkan. Orang memang suka witch-hunting.

    ReplyDelete
  4. kesian laa mereka mereka yang tak duduk di Malaysia nun.. makanan mereka cuma ada logo IFRC jer..

    ReplyDelete
  5. Nabim: Ilmu tak akan pernah cukup, saudara. Dan penting bagi saya untuk point out pada saudara di sini bahawa saya tidak menentukan halal dan haram. Saya cuma curious, apakah pensijilan JAKIM sahaja yang boleh digunapakai untuk mengesahkan status halal sesuatu produk? Badan-badan lain tak layakkah? Kita pergi oversea, tak ada logo JAKIM untuk dibuat rujukan pun.

    Mangi: Aku pun tak was-was. Even bahan-bahan dia nak guna untuk buat sandwich dia is JAKIM-certified.

    Wani: Entahlah, Wani. Nanti cakap lagi, dikatakan kita mempermainkan hal akidah pulak kan.

    Aujinz: Tu la kan. Takde logo JAKIM, menimmbulkan was-was.

    ReplyDelete

Words could heal... or it could hurt or maybe, it won't bring any difference. Either way, just type away!