Tuesday, March 26, 2013

kfc: makan esok je lah!

Di suatu hari yang tak berapa nak hening, selepas puas terkinja-kinja tak ingat dunia tengok Backstreet Boys secara live, 4 orang manusia masuk ke KFC Kepong Drive Thru 24 Hours. Aku perlu bagi nama lengkap supaya orang tahu KFC yang mana satu. Maka, dengan perut yang teramatlah lapar pada pukul 2 pagi, pergilah 4 manusia itu ke kaunter untuk memesan hidangan yang sudah terbayang-bayang di kepala otak.

"Kak, dinner plate satu. Nak spicy," begitu lebih kurang bunyinya. Aku tak tulis skrip jadi ini anggaran je dialognya.

"Spicy dah habis. Kena tunggu 30 minit kalau nak." balas cashier yang bernama Riyah.

"Makan esok je lah!" tambah Cik Riyah, mesra sekali. Bulat mata Shera pandang Cik Riyah yang terlampau mesra itu.

"Ambik OR je lah. Jangan banyak songeh," aku cuba menenangkan keadaan.

"Oklah, bagi OR, tapi nak bahagian drumstick," Shera pun mengalah. Perut lapar la katakan. Cik Riyah pun jenguk-jenguk ke bahagian yang ada beberapa ketul cuma ayam goreng.

"Drumstick tak adalah. Makan esok je lah!" Cik Riyah membalas, penuh kemesraan juga. Siap senyum meleret. Eh eh. Ni bikin panas ni. Aku pun dah mula rasa sebal dengan Cik Riyah ni.

"Ok, nak order Krusher. Nak Krusher..."

"Krusher takde!" pantas sekali Cik Riyah memotong. Amboi. Efisyen betul Cik Riyah ni. Syabas!

"Tanya dulu nak Krusher apa. Lemon punya kan ada lagi," seorang mamat di belakang yang nampak agak sibuk menegur.

"Eh, a'ah. Yang lemon punya ada lagi," tersengih-sengih Cik Riyah kita. Tu lah, potong lagi cakap pelanggan. Potong lagi, Cik Riyah. Aku dah rasa macam nak potong lidah kau tu hah.

"Lemon krusher dua," Cik Riyah pun key in pesanan.

"Chicken Wrap ada?" tanya Hubster. Tu kegemaran Hubster lah tu Golden Chicken Wrap tu.

"Takde, dah habis. Makan esok je lah!"

PUNDEKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK! Bebetul mengundang minah ni. Mengundang sangat. Terima kasihlah buat perangai macam tu, Cik Riyah. Maka kami pun bawak rezeki kamu ke McDonald's.

Kau kalau tak ada benda yang dipesan, minta maaf dan cakap elok-elok benda dah tak ada. Bukan cakap "MAKAN ESOK JE LAH." Itu dah macam menghalau pelanggan, paham tak? Dengan muka sengih-sengih kerang busuk, macam seronok sangat mempermainkan pelanggan. Baguslah tu. Memang aku pangkah dah KFC tu, sekali dengan Pizza Hut atas dia. Servis macam sampah.



Nah, ni tagline baru untuk KFC.

Picture by: Filzah Athirah


Dekat Facebook dah komplen. Dekat website pun dah komplen. Kita tunggu dan tengok apa reaksi/balasan dari pihak KFC. Kita tunggu.




2 comments:

  1. serius dia kabo cenggitu?.. fuuuuuuuu...

    so, ade reaksi tak dari KFC?
    ke diorang kabo Makan esok jer lah?

    ReplyDelete
  2. Aujinz: Sadly, sampai sekarang tak ada apa-apa balasan dari KFC sampai sekarang. Very predictable.

    ReplyDelete

Words could heal... or it could hurt or maybe, it won't bring any difference. Either way, just type away!