Monday, September 06, 2010

serabut my kepala otak

Dah confirm hari Rabu start cuti Raya. Dah confirm nak balik kampung hari Rabu. Tak confirm lagi Raya jatuh hari Khamis atau Jumaat. Dah confirm harus balik ke KL hari Selasa sebab Rabu start kerja balik walaupun Khamis tu cuti umum.

Tapiiii...

Melihatkan beban kerja yang ada, macam misi mustahil untuk siapkan semua by Selasa. Rasa macam nak siat-siat orang pun ada. Orang lain nak Raya, ada pulak orang yang nak ke obersi. Ya, aku faham, urusan kerja/penting. Tapi kalau dah tahu nak ke obersi masa nak dekat Raya, tak boleh ke setelkan awal-awal? Ni lagi dua tiga hari lagi nak pergi baru la terhegeh-hegeh nak minta apply visa, nak booking tiket, nak booking hotel, nak tu nak ni. Serabut my kepala otak ok!

Lagi dua tiga hari nak pergi, nak suruh booking tiket kapal terbang ingat senang? Ingat travel agent ni boleh buat magic macam David Blaine? Tiket mahal, bising. Seat takde, bising. Ya, aku tau, customers are always right. Dari perspektif customer, memangla kamu je yang betul. Aku pun kalau di tempat customer, aku je yang betul. Tapi ada reti nak bertimbang rasa sikit tak? Aih... serabut my kepala otak!

Kadang-kadang fikir, I am better off quitting this shitty job. Pagi ni saja dah lebih sembilan kali angkat telefon "Hello, good morning, ******* Travel," sampai kering air liur. But but but, I love this shitty job. Aku suka buat quotation untuk klien yang nak melancong ke Malaysia. Aku suka arrangekan pengangkutan dan tempat tinggal mereka. Dan yang paling aku suka, bila mereka kata "My holiday is very nice!". It gives me the ultimate satisfaction.

Dan tiba-tiba aku terperasankan sesuatu. Yang suka buat last minit ni semua orang Malaysia. Nak visa dua hari atau sehari sebelum bertolak, orang Malaysia. Nak tiket kapal terbang 36 jam sebelum bertolak, orang Malaysia. Nak book hotel lima jam sebelum check in, orang Malaysia jugak. Tipikal sungguh. Maka aku kena jadi superwoman untuk menunaikan permintaan-permintaan sebegini. Serabut my kepala otak ok!

Dah tau banyak kerja, kejadah yang dok tulis blog lagi ni? Tak reti-reti nak sambung kerja? Nak tulis blog, pergi kerja gomen!. Dah, dah. Sambung kerja!


5 comments:

  1. hoa~
    kelam kabut eh?
    sama lah sini
    macam tak rase nak raya
    tiba² ada last minit kerja.
    adoi~

    tabahkan hati jer kerja sampai Khamis.

    Nak gak komen ummi,
    orang keje gomen pun kena curi² hupdet blog =p.

    ReplyDelete
  2. Suria balik khamis pagi, after sahur, due to work load jugak. Kalo nk join bgtau la noo

    ReplyDelete
  3. Ila: Ni ade certain-certain gomen ni. Ihiks! Potong feel Raya bila ada kerja last minit ni tau. Geram je rasa.

    Suria: Tu la, kalau dah terpaksa balik hari Khamis, kena tumpang Suria gak.

    ReplyDelete
  4. nak tumpang skali bleh?

    ReplyDelete
  5. Mr. Jinn: Tumpang ape lak nih? Tumpang balik kampung?

    ReplyDelete

Words could heal... or it could hurt or maybe, it won't bring any difference. Either way, just type away!