Tuesday, June 22, 2010

lompat, si katak, lompat

Memandangkan dah ada dua tiga ketul komen regarding my English yang terlalu high-class (their words, not mine), saya buat keputusan untuk me'rojak'kan entry post ini. Don't expect me to do it often, okay? Dan untuk anda yang bukan peminat bola, sila klik butang 'X' di hujung kanan skrin anda sekarang. Oh. Peminat Sepanyol pun mungkin mahu klik butang 'X' jugak. Mudah sungguh teknologi sekarang, kan? Tiada paksaan dalam dunia tanpa sempadan ni.

So, peminat-peminat pasukan Sepanyol dah pulang ke pangkal jalan ke? Almaklumlah, dah menang 2 - 0 dengan Honduras. Takkan frust tak habis-habis lagi kot? Lainla penyokong-penyokong England. Memang frust tak sudah. Tapi penyokong-penyokong England ni bagus. Walaupun prestasi England macam taik agak mengecewakan, mereka masih setia menyokong England. Takde lompat-lompat ke pasukan lain. Three Lions tu, jangan main-main!

Macam penyokong Sepanyol, kebanyakannya dengan pantas melompat menjadi penyokong Argentina atau Jerman selepas kekalahan mengejut dengan Switzerland. Tak setia betul. Dah tu bila Jerman pun kalah dengan Serbia, lompat lagi. Jadi penyokong Argentina pulak. Dasar katak tau penyokong Sepanyol ni! Jangan sampai Encik Peguam Ternama buat undang-undang sendiri mengharamkan aktiviti lompat-melompat ni! Tetapkanlah pendirian kamu tu sikit, wahai penyokong Sepanyol.

Dan memandangkan Portugal buat kenduri gol semalam, saya pasti penyokong-penyokong Portugal membiak dengan jayanya sekarang. Si C. Ronaldo sekali lagi dijulang menjadi hero walaupun gol beliau adalah "kelakar". Janji dia belum lagi tersenarai sebagai calon pemenang Golden Boot, dah cukup. Ya, ya, saya tak suka beliau. Ada masalah ke? Kalau ada, duduk diam-diam sudah. Sebab saya tak kisah.

Oh baru saya teringat. Satu perbualan dengan seorang rakan yang merupakan penyokong Sepanyol. Eh. Ke bekas penyokong ek? Huahahahaha! Perbualannya lebih kurang macam ni la...
Ummi: Eh, kau sokong mana hah?
Encik A: Spain la derrr!
Ummi: Woo. Kenapa Spain?
Encik A: Mula-mula dulu aku sokong Portugal.
Ummi: Jadi mengapa berubah arah?
Encik A: Sebab kat jersi Portugal ada T.
Ummi: T? Apa T? Tak paham.
Encik A: T tu...
Ummi: Laaa. Cross ke? Aik. Bukan jersi Spain pun ada cross ke?
Encik A: Memangla. Tapi kan dulu orang Portugis jajah Tanah Melayu. Tu yang aku tak support diorang dah.
Ummi: Oh.
Seriously, aku tak faham logik apakah yang Encik A gunapakai. Itu perbualan di awal-awal World Cup. Sepanyol belum bermain lagi masa tu. Sehari selepas Sepanyol kalah...
Ummi: Spain kalah! Booooooooooooooooooooooooo!!!
Encik A: Diamlah kau!
Ummi: Booooooooo!!!
Encik A: Argghhh! Tekanan aku!
Ummi: Eh. Apsal profile kau jersi Germany? Apa ni derrr? Sebab Germany takde cross ke? Wahahahahahahahahahahahaha.
Ya, ya, saya gelak macam setan. Oh ya. Selepas Germany kalah, beliau tukar profile ke jersi Slovenia. Dan saya gelak macam mak setan selepas itu.


No comments:

Post a Comment

Words could heal... or it could hurt or maybe, it won't bring any difference. Either way, just type away!