Saya di'tagged' pada satu nota oleh seorang makhluk. Nota yang agak menarik, kalau nak ikutkan tapi stereotaip. Dan klise. Serius klise. Berikut ialah nota itu. Saya masukkan sekali respons saya pada poin-poin yang diberikan.
Perempuan suka :So, apa yang anda suka? Atau tak suka?
- lelaki yang gagah selalu pegi workout kat gym
Nak diikutkan, macam trend pulak lelaki pergi gim sekarang, kan? Jaga kesihatan? Mungkin. Jaga macho? Mungkin. Mana-mana pun, saya tak kisah sangat. Bukan satu kemestian dia aktif ke gim.
- pandai bersukan bola, basket, ragbi etc.
Yeke kena pandai bersukan? Snuker pun kira sukan jugak kan? Hahahaha!
- bijak pandai CPGA mesti sentiasa atas 3.5
Hello, setakat pandai teori tapi praktikal dungu pun tak guna juga. Saya prefer yang street-smart.
- ada kerja dining hall, hotel, library etc.
Maaflah, yang ni macam tak relevan langsung dengan zaman sekarang. Hotel Mania ke? Pelissss!
- ada kereta especially sports car tak kisah la tahun bila
Saya tak suka sports car. Sebab rendah. Dan boleh menyebabkan klaustrofobia.
- pandai jamming guitar, bass, drum, keyboard etc.
Pandai, tak kisah. Tak pandai laaaaaaagi tak kisah. Dok buat memekak je nanti.
- pandai buat lawak especially dpn pompuan
Oh yang ini memang perlu. Sense of humor. Wajib!
- tau jalan2 dekat surrounding area boleh lead bila pegi travel
Perempuan tak boleh baca peta. Nak kata apa lagi?
- pandai computer asal ade prob pc leh settlekan!
Inilah masanya bila perempuan kata "Oh, my hero!"
- walaupon rock tapi alim2 sket bleh lead solat jemaah
Agama. Kan penting tu? Tapi bagi saya, tak payahlah yang sampai nak suruh berpurdah bila keluar.
- berambut pendek dan kemas
Ya, saya suka rambut pendek. Rimas tengok rambut panjang-panjang ni. Esok lusa boleh lawan tarik rambut.
- tak terlalu clean shaved tinggal la sket janggut in vertical line..macho siot
Erggghh! Saya lebih suka yang clean shaved, terima kasih.
- wangi pandai pilih perfume
Saya suka perfume. Suka sangat-sangat. Titik.
- hadiahkan bunga even sekuntum rose je
Saya tak suka bunga. Bunga akan layu. Bunga tak tahan lama. Bunga tak boleh dimakan.
- selalu hadiahkan teddy bear kalo kecik bagi banyak2, kalo besar satu je
Saya tak suka teddy bear. Saya takut dia cakap "Hai" kat saya di malam hari bila saya tengah tidur.
- ingat birthday awek tak lupa bagi hadiah best2
Bagi saya, janji dia ingat sudah cukup. Oh. Dengan wish. Hadiah tu kira bonus.
- pandai amik ati mak and abah awek
Semestinya yang ini perlu!
- sanggup teman awek shopping biarpon berjam-jam
Saya tak suka shopping dengan lelaki. Dengan perempuan lebih afdal sebab pendapat berbeza. Kalau lelaki dia akan cakap "Bolehla tu. Cute jugak." Kalau perempuan dia akan kata "Aku rasa kaler tu tak berapa kena dengan kulit kau. Cuba yang merah ni pulak. Baru nampak seksi."
- bleh bagi pendapat bila awek Tanya awak, tudung wardina ni sesuai tak dgn saye?
Heh. Sila lihat statement di atas.
- bila cakap dlm phone, let women do the talking lepas tu kasi komen
Saya suka dia yang bercakap. Titik.
Perempuan tak suka :
- lelaki yang lemah kurus, tak workout
Kurus ok. Lemah? Next!
- tak terer bersukan petang2 tak kuar main, dok umah je
Tak jugak la.
- study asyik kantoi dok struggle nak kekalkan CGPA atas 2.0
Sila tengok statement yang berkaitan CGPA kat atas.
- malas cari kerja harap duit scholar je
Hah. Ni kalau dah malas, kasi sepak je bontot.
- takde keta pegi memane tumpang keta orang atau naik bas
Tak semestinya. Kenderaan awam banyak sekarang.
- tak minat muzik langsung tak leh sembang pasal rock bands
Kalau tak minat muzik langsung, maafla, sila cari pintu keluar sendiri.
- takde sense of humor org buat lawak die blur je
Tak boleh terima kalau ada lelaki macam ni. Pergi terjun perigi, please.
- takde life tak gi jenjalan memane and tak tau tempat sekeliling
Sile tengok jawapan di atas.
- tak celik IT buat excel pon kantoi
Kalau Word pun kantoi, tolonglah, terjun perigi jugak.
- asyik enjoy siang malam tak ingat mati
Memang tak suka. Sila langgar dengan lori Indah Water secepat mungkin.
- rambut serabai panjang dan tak terurus
Rejek! Next!
- kuat sangat isap rokok sekali-sekala takpe la kot..tak langsung lagi cool!
100% setuju!
- badan berbau malas mandi
Alahai. Kambing ke? Next!
- tak romantic bila awek mintak berkali-kali baru nak bagi bunga
Saya tak suka bunga, tapi kalau tak romantik... Aisehmen, lu pikirla sendiri!
- wish happy birthday seminggu lewat kuat lupa
Oh, sadisnya. Ada harapan awek cari orang lain.
- dah bertahun couple tak pernah jumpa parents awek
Kalau couple dengan orang bunian camtu la. Baik cepat-cepat putuskan.
- bagi alasan bila diajak pegi shopping
Yes! Tak payah ikutla orang perempuan shopping. Tak larat punya nak menurut. Poket pun selamat. Serius.
- asyik jawab tak kisah bila orang tanya pendapat dia
Yang ni memang pantang betul. Sila la join yang lain terjun perigi.
- bila borak on the phone, die pulak yg pot-pet lebey2
Tapi saya suka yang ni. Kecuali kalau gaya bercakap dah macam Joyah.
sanggup teman awek shopping biarpon berjam-jam
ReplyDeleteSaya tak suka shopping dengan lelaki. Dengan perempuan lebih afdal sebab pendapat berbeza. Kalau lelaki dia akan cakap "Bolehla tu. Cute jugak." Kalau perempuan dia akan kata "Aku rasa kaler tu tak berapa kena dengan kulit kau. Cuba yang merah ni pulak. Baru nampak seksi." <---owh..bukan saya ya
part gayut tu tak berapa setuju... kalau org yg call tu senyap+sengap.. confirm kene hang-up! ekekekeke... ingat ni badut ke?
ReplyDelete