Monday, October 04, 2010

online secara freeeeee!

Aku rasa ramai orang adalah masih blur lagi dengan konsep Opera Mini. Opera Mini, secara ringkasnya, ialah browser untuk telefon korang. Bagi aku, itu ialah Opera Mini. Simple. Mudah. Browser telefon, sepertimana Firefox atau Chrome browser untuk PC. Aku dah lama gunakan Opera Mini sebab aku rajin online. Aku suka ber-facebook, aku suka ber-twitter. Malah kalau tengah tengok TV, kalau aku tak tau siapa pelakon yang ada kat rancangan tu, aku boleh google on the spot. Takyah bukak PC or laptop.

Tapi, korang tahu tak bahawa sesungguhnya korang boleh browse internet secara percuma dengan menggunakan Opera Mini? Eh kejap. Apa yang bakal aku taipkan di sini adalah khusus untuk mata pengguna-pengguna prepaid Hotlink sahaja. Yang pengguna-pengguna lain tu bolehla klik butang 'X' sekarang juga. Tapi kalau nak teruskan membaca pun I tak kisah, noks. Sama-sama berkongsi pengetahuan (benda ni termasuk ke dalam kategori pengetahuan?).

So, macam mana nak online secara percuma melalui Opera Mini? Mudah aje caranya. Ini langkah-langkahnya:
  1. Download Opera Mini ke henpon anda. Install.
    * Orang kata Opera Mini versi 5.0 ke atas saja boleh buat ni tapi aku punya versi 4.2, boleh je online free.

  2. Tekan *100# pada telefon dan kemudian tekan butang dial atau send.

  3. Kemudian ambil pilihan no. 7 ataupun Internet and Settings/Internet dan Tetapan.

  4. Pilih no. 3 atau Prepaid Broadband.

  5. Pilih no. 4 atau Service Switching.

  6. Pilih no. 2 atau Switch to Prepaid Broadband.

  7. Pilih no. 1 atau Proceed.

  8. Tunggu SMS pengesahan.

  9. Bukak Opera Mini.

  10. Apa lagi, online la!
See? Senang je kan? Kan dah kate...
Tapi, pastikan korang check baki kredit korang dulu. Lepas tu, test-test Opera Mini buat sejam dua seminit dua dan check semula baki. Kompem takde tolak punya.

Tapi kena ingat beberapa perkara:
  • Bila dah switch ke Prepaid Broadband, korang takleh send atau receive MMS. Video call masih boleh.
  • Untuk send atau receive MMS, buat seperti langkah 2 hingga 5.
  • Kemudian pilih Switch to Hotlink dan Proceed.
  • Dalam 5 - 10 minit selepas dapat SMS pengesahan, dah boleh send atau receive MMS.
  • Ini ialah untuk PENGGUNA PREPAID HOTLINK SAHAJA.
Silalah mencuba. Kalau tak boleh jugak, lantak korang la ye. Eheh!

P/S: Selamat mencuba. Kalau ada apa-apa nak tanya, sila la tanya. Kalau boleh ditolong, akan ditolong. Kalau tak, maap la ye. Sekian.


Update:
Ok, sedikit update untuk korang yang ada soalan. Opera Mini boleh didownload di sini. Sedikit step by step tutorial:




Kemudian pilih siri telefon. Masuk dalam telefon dan install. You are then good to go. Nak lebih mudah, bukak internet di telefon dan taipkan m.opera.com. Brand dan siri telefon will be automatically detected dan software Opera Mini boleh didownload terus. Install. Boleh guna dah. Sebelum guna, ikut step untuk online secara free.

Dan diulangi di sini, online secara free ni ialah hanya untuk pengguna prepaid Hotlink sahaja.


11 comments:

  1. ye ke umi?
    em..mau test nanti

    ReplyDelete
  2. buleyh jugak tukar maxis 3G internet settings dari unet kepada bbnet since sekarang ni service switching banyak prob disconnect, maybe maxis dah start to block ppl from doing d stuff kot.

    ReplyDelete
  3. Madey: Try la. Let me know buleh ka tidak.

    Azraie: Good tip there. Thanks!

    ReplyDelete
  4. Anonymous3:08:00 PM

    aku suka ayat pertama tu
    "aku rasa ramai orang adalah masih blur"

    ReplyDelete
  5. Anon: Bahasa Malaysia yang rosak!

    ReplyDelete
  6. salam kenal..
    hm,nak tanye.
    bleh x bagi link nk download opera mini tu?

    ReplyDelete
  7. aaa... kalau pakai line possible x? :DD

    ReplyDelete
  8. xi day ya & y0Ngu falcon: Post ini dah diupdate untuk anda.

    ReplyDelete
  9. Anonymous5:44:00 PM

    salam ummi akak dah guna lama dah opera mini nih free gak..tapi since semalam tak ble..knp yek..smlm 14 okt..agak2 sume org pun g2 ke? akak guna vivaz pro ngan opera mini 5.1 hotlink...anyone? yg berproblem cam diri ni?

    ReplyDelete
  10. Anonymous3:34:00 PM

    salam..sebelum ni sya le online tapi selepas 14/10/10 saya tak le online da...

    ReplyDelete

Words could heal... or it could hurt or maybe, it won't bring any difference. Either way, just type away!